Tutorial Blink2 PERSATUAN PENGGUNA SERINDU

Tuesday, June 1, 2010

HAK UNTUK MENDAPAT ALAM SEKITAR YANG SIHAT


Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur dalam alam semulajadi yang semakin pupus atau dimusnahkan. Di samping itu juga, pengguna dan pengeluar juga memiliki tanggungjawab masing-masing untuk memelihara dan memulihara alam sekitar agar sentiasa bersih daripada sebarang pencemaran.



Oleh hal yang demikian,pengilang seharusnya memastikan proses pengeluaran tidak menjejaskan kualiti alam sekitar. Pengilang juga seharusnya, menggunakan cara pengeluaran yang tidak merosakkan alam sekitar seperti menggunakan alat penapisan asap pada cerombong asap. Selain daripada itu juga, pengilang harus mencari alternatif terbaik bagi pembuangan sisa sampah supaya tidak menjejaskan alam sekitar. Renung-renungkan....

HAK UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN KEPENGGUNAAN


Pengguna berhak mendapatkan pendidikan penguna yang mencukupi dan berterusan. Hal ini adalah kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa kini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak.
Kesedran masyarakat terhadap Pendidikan Pengguna pada masa kini ditahap yang amat kritikal dan membimbangkan. Pendidikan pengguna pada masa kini tidak lagi dianggap sebagai wadah utama kehidupan.
Hari Pengguna Kebangsaan yang sering disambut pada 26 Julai setiap tahun, seharusnya menjadi platform untuk meningkatkan lagi jati diri pengguna. tarikh tersebut diambil bersempena dengan pembentangan Akta Perlindungan Pengguna.
Konsep Kepenggunaan bukan hanya berada dalam 8 hak asas penggun sahaja. S.M Idris, Presiden Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyatak konsep kepenggunaan melangkaui 8 hak pengguna iaitu termasuklah budaya pengguna, gaya hidup, kebendaan dab sebagainya. Di dalam buku Panduan Pengguna keluaran Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) menjelaskan secara terperinci berkenaan dengan 8 hak ini. Seharusnya buku tersebut ada bagi setiap individu di Malaysia dari semua peringkat umur dalam masyarakat.
Masyarakat seharusnya sedar betapa pentingnya Pendidikan Pengguna agar kita menjadi pengguna yang bijak. Pendidikan Pengguna bukanlah satu pendidikan yang ada penamatnya, tetapi ianya adalah satu pelajaran yang wajib dipelajari sehingga bila-bila selagi kita bergelar PENGGUNA. Slogan " Pengguna Bijak Faedahnya Banyak" bukan hanya dijadikan slogan tetapi hendaklah diimplementasikan dalam kehidupan kita sehari-harian. fikir-fikirkan dan selamat beramal....

HAK UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT

Sebagai pengguna yang bijak, kita perlu tahu bila masanya kita perlu menyuarakan pendapat. Ini adalah untuk memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.

SALURAN ADUAN YANG BOLEH DITUJU OLEH PENGGUNA UNTUK MEMBUAT ADUAN


Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika.


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyediakan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang ganti rugi dan pampasan terhadap peniaga secara on-line.



PUSAT KHIDMAT ADUAN PENGGUNA NASIONAL(NCCC).
Pusat aduan setempat bagi membantu para pengguna menyelesaikan masalah dan aduan. Ianya turut bertindak sebagai pengatara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian.


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA(PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

HAK UNTUK MENDAPAT GANTI RUGI



Pengguna juga berhak untuk mendapatkan penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang "mengelirukan" serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi seharusnya diberikan bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menngunakan barangan tersebut dengan mengikut arahan pengeluar. di samping itu juga, ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan. Pengguna boleh menuntut ganti rugi dalam bentuk wang atau penggantian barang dikembalikan.

PENGGUNA BERHAK MENDAPATKAN GANTI RUGI ATASSEBAB-SEBAB:
A) Barangan yang dibeli tidak berada dalam keadaan baik.
B) Barangan yang dibeli mengandungi bahan asing yang boleh membahayakan kesihatan.
C) Mutu barangan tidak seperti yang dijanjikan atau diiklankan.
D) Barang yang dibeli memudaratkan kepada pengguna.

APAKAH TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA?

Satu badan yang telah ditubuhkan di bawah seksyen 85, bahagian Xll Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999.

HAK UNTUK MEMBUAT PILIHAN


Pengguna dipastikan mendapatkan maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan juga perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberikan pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan yang memuaskan dengan harga yang berpatutan.

PENGGUNA PERLU MEMASTIKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT:strong>
A) Harga barang hendaklah berpatutan.
B) Barang sentiasa dalam keadaan yang baik.
C) Barang selamat digunakan.
D) Barang hendaklah menepati contoh yang diberikan atau diiklankan.

###Hak memilih adalah penting supaya pengguna tidak terburu-buru dalam membuat keputusan membeli. Oleh hal yang demikian, penjual tidak berhak memaksa dan membuat keputusan bagi pihak pengguna.###

HAK UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT


Selain menjadi pengguna yang bijak untuk mendapatkan keselamatan terhadap barangan yang dimilki, pengguna juga seharusnya mengetahui hak mereka dalam mendapatkan maklumat tentang sesuatu barangan. Pengguna mestilah diberikan maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna juga hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan serta penyelewengan.

PERKARA YANG PERLU DITELITI OLEH SESEORANG PENGGUNA SEMASA MEMBELI:

% Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar.
% Tarikh luput, tarikh pembuat/pengilang.
% Nama sebutan sebenar barangan yang dijual.
% Berat minimum,kuantiti,amaun atau muatan barang-barang mengikut unit merit.
% Penerangan kandungan umum termasuklah maklumat, keupayaan, panduan untuk kegunaannya serta batasannya.
% Penerangan kandungan khusus seperti senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, khasiat bahan-bahan kandungan.
% Kualiti atau kadar keupayaan misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya yang memenuhi standard SIRIM dan sebagainya.
% Terma-terma khusus mengenai jualan masuk harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa. Maklumat lain seperti amaran, peraturan kecemasan untuk pengguna terutamanya kanak-kanak.

APAKAH SUMBER-SUMBER MAKLUMAT PENGGUNA?

* Label barangan itu sendiri.
* Organisasi-organisasi yang berkaitan seperti persatuan-persatuan pengguna serta syarikat yang membuat ujian ke atas barangan.
* Kerajaan.
* Media Massa.
* Perpustakaan.
* Pengiklanan.
* Orang sumber- sumber daripada pengguna lain yang telah menggunakan barangan tersebut.

HAK UNTUK MENDAPATKAN KESELAMATAN



Para pengguna sentiasa dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan juga kehidupan pengguna.

APAKAH YANG HARUS DIPERHATIKAN BAGI MENGETAHUI TENTANG KESELAMATAN PRODUK:

1)PERHATIKAN LABEL
**Adakah ianya mempamerkan maklumat tentang standard keselamatan. Contohnya, tanda MS pada peralatan elektrik, nombor MAL pada kosmetik dan juga perubatan dan sebagainya.

2)BERHATI-HATI DAN BERTIMBANG RASA KE ATAS ORANG SEKELILING:
**Adakah anda berjaga-jaga memastikan keselamatan orang di sekeliling anda semasa mengunakan produk yang berbahaya?. Contohnya, menyembur racun serangga dan sebagainya.

3)MENINJAU MASALAH TENTANG PRODUK:
**Adakah anda sebagai pengguna mengambil usaha untuk mengetahui status keselamatan sesuatu produk?

BEBERAPA CIRI PRODUK DI DALAM RUMAH YANG BERPOTENSI MENYEBABKAN MASALAH KESELAMATAN:

A) Bahan Pembersih Rumah seperti pencuci lantai kerana ianya mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

B) Racun Serangga dan Makhluk Perosak yang mengandungi bahan-bahan yang mempunyai potensi untuk membahayakan pengguna.

C) Bateri Untuk Peralatan Elektrik Dan Telekomunikasi yang mengandungi bahan yang berbahaya seperti logam yang berat. Contohnya, merkuri, perak dan juga nikel. Untuk peringatan, bateri harus dilupuskan secara terkawal dan tidak boleh dibuang ke dalam aliran sampah biasa.

D)Peralatan Elektrik yang mana mempunyai risiko kejutan elektrik. Kabel peralatan elektrik tidak boleh terdedah dan tidak harus bersentuhan dengan basah.


~SEBAGAI PENGGUNA YANG BIJAK, KITA SEHARUSNYA MENGAMALKAN LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN INI~