Tutorial Blink2 PERSATUAN PENGGUNA SERINDU: TIP PERBANDINGAN ANTARA MINYAK WANGI TULEN DAN TIRUAN

TIP PERBANDINGAN ANTARA MINYAK WANGI TULEN DAN TIRUAN

Ramai di antara pengguna kita pada hari ini tidak dapat membezakan sama ada pewangi yang dijual itu tulen atau tiruan. Kebanyakan mereka yang menjual pewangi di internet nahupun di luar boleh meletakkan perkataan "ORIGINAL" dengan sesuka hati. Hakikat yang sebenarnya, agak sukar juga untuk membezakannya kerana pengeluar barang-barang tiruan amat bijak serta mempunyai teknik dan peralatan digital moden serta canggih.

Secara kasarnya, pewangi tiruan mempunyai nama dan bentuk tulisan yang sama dengan pewangi tulen. Manakala, botol hampir sama serta kotak dan bau yang hampir serupa. Ianya boleh didapati daripada pengedar dengan harga yang terlalu murah atu lebih teruk, harganya sama dengan yang tulen. Sebagai pengguna anda tidak mungkin tidak pasti atau tidak tahu langsung bahawa pewangi tersebut adalah tiruan. Dianggarkan lebih 10% pewangi di dalam pasran adalah tiruan. Jadi berhati-hatilah...

TIP-TIP YANG UNTUK MEMBEZAKAN PEWANGI TULEN DAN TIRUAN:

1) Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.
2) Pembungkusan.Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya.
3) Semak tanda-tanda gam yang berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya.
4) Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan. Ketebalan dan warna -tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.
5) Cetakan. Semak informasi yang dicetakkan pada luaran kotak tersebut.
6) Semak nombor bacth.
7) Dalam kotak. Semak keseluruhan kualiti bahan yang digunakan warna serta saiz.
8) Tudung botol. Semak saiz, warna serta bentuk.
9) Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.
10)Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak. Kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.
11)Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam serta pengelupasan.
12)Semak pada bahagian bawah botol. Kebiasaannya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos
(timbul) dan mempunyai pelekat produk.

No comments:

Post a Comment