Tutorial Blink2 PERSATUAN PENGGUNA SERINDU: SIAPA ITU PENGGUNA

SIAPA ITU PENGGUNA

Siapakah yang dimaksudkan dengan pengguna?. Adakah ianya hanya dikaitkan dengan orang yang membeli barangan secara langsung atau ia juga termasuklah orang lain yang tidak terlibat dengan urusan jual beli?. Secara umumnya, menurut john F. Keneddy pengguna merangkumi semua orang. namun sesetengah cendekiawan tidak menggolongkan semua manusia adalah pengguna.
Menurut Akta perlindungan Pengguna 1999, pengguna adalah seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud kegunaan atau penggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah dan tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan. Kesimpulannya, pengguna terdiri daripada sesiapa sahaja samada ianya terlibat dengan proses jual bel secara langsung atau hanya menggunakan barang serta perkhidmatan yang telah diperolehi oleh orang lain melalui urusan jual beli.

No comments:

Post a Comment