Tutorial Blink2 PERSATUAN PENGGUNA SERINDU: HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN

Monday, May 31, 2010

HAK UNTUK MENDAPATKAN KEPERLUAN

Pengguna yang bijak berhak untuk mendapatkan barang dan juga perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuklah makanan, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan dan sebagainya. Pengguna masa kini terutamanya, sering keliru untuk membezakan antara keperluan dan juga kehendak. Di sini saya akan menerangkan perbezaan antara keperluan dan kehendak.

KEPERLUAN: Sesuatu yang diperlukan untuk terus hidup seperti makanan, pakaian, keselamatan dan sebagainya. Menurut Teori Hierarki Maslow, keperluan boleh dibahagikan kepada lima yan utama.

KEHENDAK: Sesuatu keinginan terhadap barangan yang mewah yang menambah keselesaan dan meningkatkan status seseorang. Contohnya, kereta mewah, banglo dan sebagainya.

sebagai pengguna yang bijak, kita seharusnya tahu man yang paling diutamakan sama ada keprluan atau pun kehendak.



RUMAH MEWAH INI ADALAH KEHENDAK ATAUPUN KEPERLUAN DALAM PENGGUNA MEMBUAT KEPUTUSAN???
FIKIR-FIKIRKANLAH...SEBAGAI PENGGUNA BIJAK, KITA TAHU APA YANG KITA MAHUKAN!

No comments:

Post a Comment